Kerjaya Roslinda Abdul Majid

Roslinda, lebih dikenali umum sebagai DJ Lin memulakan kerjaya awalnya di Best 104 sebelum berpindah ke Suria FM.

Pada 1 Jun 2006, beliau menyertai Suria FM yang mana beliau mengendalikan rancangan Suria Cinta pada setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 8 malam hingga 1 pagi.[5] Suria Cinta membincangkan topik perhubungan dan percintaan. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengurus Program di Suria serta memegang jawatan baharu di dalam pengurusan Star Radio Group.[6][7]

Pada November 2011, DJ Lin memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single solo pertamanya, "Ranting Kenangan" yang dicipta oleh Eddie Hamid dan ditulis oleh Ku Seman Ku Hussein.[8]

Beliau juga mengendalikan rancangan Apa Itu Cinta yang membincangkan tentang kisah cinta selebriti popular tanah air. Ia meraih 500,000 tontonan di Facebook rasmi Suria FM.[9]